Published on / Diterbitkan pada July 2, 2010 – 10:12 am
JUMAAT - Tradisi Hari Permuafakatan SMK Matang Jaya diteruskan dengan jayanya pada hari ini apabila ianya diadakan dari jam 930 pagi sehingga 12 tengah hari. Sungguhpun hari Jumaat merupakan hari bekerja, sejumlah besar ibubapa kelihatan turun ke sekolah untuk mengetahui pencapaian anak mereka di sekolah dan ini menunjukkan keprihatinan ibubapa SMK Matang Jaya berkenaan keputusan serta kebajikan anak mereka di sekolah. Hari Permuafakatan SMK Matang Jaya telah diadakan di kelas akademik, dan pelajar telah dibenarkan balik selepas ibubapa berjumpa dengan guru kelas anak mereka. Sesungguhnya, keprihatinan ibubapa sebegini yang menjadi mangkin kepada kejayaan SMK Matang Jaya di dalam peperiksaan awam setiap tahun. Dengan yang demikian, adalah diharap bahawa sokongan dan keprihatinan daripada para ibu bapa pelajar dapat diteruskan pada tahun tahun akan datang.
terima kasih kepada parents yg hadir…especially my dad..hehehe..sori cikgu…
what r u sorry about????
ur report card????