Banner
Merdeka Ke 53 Disambut Meriah
This is my site Published on / Diterbitkan pada August 30, 2010 – 12:04 pm

Hari kemerdekaan peringkat Sekolah SMK Matang Jaya disambut meriah oleh semua warga SMK Matang Jaya di Dewan Serbaguna SMK Matang Jaya hari ini.  Sambutan dimulakan seawal jam 7 pagi dengan ceramah kenegaraan oleh pegawai yang dijemput khas dari Jabatan Biro Tata Negara.  Ini disusuli dengan sesi rehat pagi sebelum upacara sambutan rasmi kemerdekaan dimulakan pada jam 10 pagi.

Seperti tahun-tahun sudah, majlis sambutan kemerdekaan tahun ini didahului dengan ucapan perasmian oleh Puan Pengetua, Puan Hjh Saftuyah Hj Adenan, dan ia diikuti oleh paluan gong sebagai tanda bermulanya majlis sambutan.  Ucapan perutusan dari YDP Agong oleh En Awang Mohd Iznan kemudian menyusuli, dan ini diikuti oleh Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia oleh En Abg Mar’azim b Abg Ahmad Ridzuan.  Perutusan terakhir dari Ketua Pengarah Pelajaran pula dibaca oleh En Benedict Set sebelum En Martin membuat laungan kemerdekaan sebanyak 7 kali.

Majlis smbutan kemerdekaan turut diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada wakil kelas paling patriotik, dan tayangan dokumentari kemerdekaan.  Ini kemudiannya diikuti oleh persembahan dari pelajar dalam bentuk nasyid patriotik, deklamasi sajak dan lagu puisi, persembahan koir dan pantomin kemerdekaan.  Kelainan majlis tahun ini adalah bahawa ianya dikendalikan sepenuhnya oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan 6.

Posted in /Kategori 

Please leave a response/Sila Tinggalkan komen

We appreciate positive comments and the use of real names when commenting. / Kami menghargai komen yang membina dan penggunaan nama sebenar.

Spam Protection by WP-SpamFree