Banner

Berita berkenaan / News for ‘Berita Terkini’ Category

KEPUTUSAN KEMSUKAN MRSM 20 JAN INI

Icon Written by admin on January 13, 2012 – 8:22 am

Pelajar yang telah memohon untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) boleh menyemak status masing-masing bermula 20 Januari ini. Semakan boleh dilakukan melalui laman web http://mara.gov.my atau perkhidmatan SMS dengan menaip mrsm dan nombor siri permohonan sebelum menghantar ke 15888. Pelajar perlu memiliki nombor siri permohonan untuk membuat semakan status kemasukan. Harap maklum.

Tags: , ,

WANG BANTUAN RM100 DIAGIHKAN ISNIN INI

Icon Written by admin on January 8, 2012 – 8:32 pm

Pelajar yang layak menerima duit bantuan RM100 yang dibekalkan kerajaan akan menerima duit masing-masing pada hari Isnin ini (9 Januari 2012) di Dewan Serbaguna Sekolah.  Pihak sekolah telah menghantar surat makluman kepada pelajar terlibat pada hari Jumaat lepas (6 Januari 2012). Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Tingkatan 5 sesi 2011 (pelajar yang sudah tamat persekolahan) tidak [...]

Tags: , ,

SEMAKAN KE KOLEJ TEKNIK, SMK TEKNIK & SM VOKASIONAL 2012 DIBUKA

Icon Written by admin on January 4, 2012 – 10:22 am

Pelajar yang telah memohon untuk memasuki Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional bagi sesi persekolahan tahun 2012, kini boleh menyemak status permohonan masing-masing di laman web ini. Rayuan HANYA boleh dikemukakan terus ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik & Sekolah Menengah Vokasional. Harap maklum.

Tags: , , , ,

HARI PENGIKTIRAFAN & GRADUASI 2011 GEMILANG

Icon Written by admin on November 29, 2011 – 9:25 am

DEWAN SERBAGUNA – Majlis Pengiktirafan SMK Matang Jaya berjalan lancar di Dewan Serbaguna Sekolah. Ianya dirasmikan oleh YB Datuk Hj Daud B. Abdul Rahman yang mana menyatakan bahawa pelajar harus bijak memilih hala tuju dan masa depan masing-masing, dan seterusnya terus berusaha ke arah kejayaan. Dalam majlis gilang gemilang tersebut, Ramizah Muna Mohadi (Tingkatan 6 [...]



LATIHAN KEBAKARAN DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA

Icon Written by admin on October 27, 2011 – 2:00 pm

SMK MATANG JAYA – Satu latihan kebakaran ringkas yang diketuai pegawai insiden En Fauzi serta Jawatankuasa 3K telah berjalan dengan lancar di SMK Matang Jaya pada tengahari tadi. Latihan kebakaran yang melibatkan semua pentadbir, guru, staf sokongan, pekerja swasta serta pegawai bomba dari Balai Polis Petra Jaya dilaksanakan sekitar jam 11pagi dengan pangilan kecemasan dibunyikan [...]